GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melepaskan rizab Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) jika pihaknya tidak dapat mengabstrak air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda, Kedah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan berkata PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
"Sehingga Selasa lepas, paras Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang PBAPP di Seberang Perai turun kepada 1.72 meter (m) iaitu di bawah paras selamat 2.0m dan semalam paras air Sungai Muda turun kepada 1.61m di Lahar Tiang.
"PBAPP terus mengabstrak air mentah yang mencukupi daripada sungai tanpa menggunakan EMD, bagaimanapun PBAPP juga berjaya menjalankan percubaan pelepasan dari EMD sebagai persediaan untuk senario kes yang lebih teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan ketika ini, PBAPP mengabstrak kira-kira 1,200 JLH dari Sungai Muda untuk pengeluaran optimum air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan LRA tersebut menghasilkan 85 peratus air terawat yang diagihkan di negeri ini setiap hari.
Pathmanathan berkata kapasiti pelepasan maksimum dari EMD ialah 600 JLH atau kira-kira 50 peratus daripada air mentah yang diperlukan oleh LRA Sungai Dua untuk beroperasi secara optimum.
Katanya selagi PBAPP dapat mengabstrak 600 JLH air mentah dari Sungai Muda dan melepaskan 600 JLH daripada EMD, pihaknya dapat mengelak daripada gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata syarikat itu tetap bersiap siaga kerana Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama Pulau Pinang selain memantau paras sungai dengan teliti.
Selasa lepas, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) memaklumkan paras Sungai Muda menunjukkan trend penurunan sekali gus berisiko terjadi gangguan bekalan air di daerah Kuala Muda dan penurunan tersebut disebabkan oleh faktor kemarau berterusan.
Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bekalan air di Pulau Pinang tidak terjejas setakat ini walaupun paras air Sungai Muda yang melibatkan pengoperasian LRA Sungai Petani dan Pinang Tunggal menunjukkan trend penurunan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
K.Pathmanathan (foto) berkata PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering. -Gambar fail
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
AWANI Ringkas: Keputusan SPM diumum 27 Mei ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.